Thursday 23 January 2014

Tips Mengekalkan Warna Pakaian Kelihatan Baru.

Warna Pakaian Kegemaran Kekal Berseri Seperti Baru
Pakaian bukan sahaja bertujuan untuk melindungi tubuh, tetapi pada zaman sekarang ia juga dijadikan salah satu cara untuk mengekspresi diri sendiri. Mungkin ramai diantara anda yang mempunyai baju kegemaran yang ingin dipakai selalu tetapi tidak tahu bagaimana untuk menjaga pakaian agar tidak mudah rosak dan luntur warnanya. Sebab itulah ramai di antara kita yang jarang memakai pakaian kegemaran mereka kerana takut cepat rosak dan warnanya cepat luntur. Sayanglah kalau baju yang cantik hanya dipakai sekali dua sahaja. Sebenarnya, pelbagai cara moden dan tradisional yang boleh anda cuba untuk mengekalkan warna pakaian anda supaya senantiasa nampak seperti baru.

  1. Basuh dengan air sejuk kerana ia tidak merosakkan material kain sepantas air yang panas. Selain itu juga anda boleh menjimatkan eletrik jika membasuh pakaian menggunakan air panas.                                                                   

  2. Pisahkan pakaian sewaktu mencuci kerana mungkin ada pakaian cepat luntur warnanya. Cara terbaik untuk mencuci pakaian adalah mencuci terlebih dahulu pakaian yang berwarna putih atau terang dan kemudian cucilah pakaian yang berwarna gelap pula secara berperingkat. Jangan campurkan pakaian yang berwarna putih dengan pakaian berwarna supaya pakaian berwarna putih tidak mudah kusam.                          
  3. Elakkan meletakkan pakaian yang berwarna gelap atau hitam di dalam mesin pengering kerana ini akan mempercepatkan warna pakaian luntur. Sebaik-baiknya, sidai ia dibawah tempat teduh di kawasan berangin.  

  4. Garam merupakan bahan pengawet yang baik di dalam makanan. Jadi, jika digunakan dengan betul, garam juga dapat membantu mengekalkan warna pakaian kita. Caranya mudah iaitu tambahkan suku cawan garam beraiodin.       

  5. Pakaian yang diperbuat daripada bahan sutera atau kapas atau bahan lembut digalakkan dicuci dengan menggunakan tangan untuk mengelakkan pakaian cepatrosak dan warnanya luntur. Anda juga boleh tambahkan cecair pencuci Dynamoyang boleh membantu mengekalkan warna pakaian supaya tidak mudah luntur dan juga berbau harum sentiasa.                           

  6. Pastikan pakaian yang dijemur betul-betul kering sebelum diangkat dan dilipat. Simpan pakaian di tempat yang kering dan sejuk untuk mengelakkan pakaian mudah berbau dan juga berkulat terutamanya apabila pakaian tersebut disimpan dalam almari yang gelap.